Followers

Friday, 13 January 2012

NOVEL :D

Membaca novel boleh meletakkan diri kita ke "dunia khayalan" buat seketika . Bagi pendapat aku , itulah tanggapan aku terhadap novel . Kalau kita nak merasa macam mana perasaan cinta tuuu , baca lah novel , kiki . Tapi tak boleh jugak kalau kita belum pernah merasai cinta itu sendiri . Hmm , dulu waktu aku tingkatan satu , mana lah tahu cinta tu macam mana , aku baca lah novel akak-akak aku sekadar menghilangkan bosan . Yang aku tak sangka novel OMBAK RINDU aku baca dulu tuuuu salah satu novel terlaris and now dah ada filem pun novel tuu . Haha . Bertuah badan dah baca dulu novel tuu . Dulu masa baca novel tuu tade lah aku amek port sangat , maklum la dulu boypren pun tadek , tade masa aku nak bayang-bayangkan boypren aku dalam novel tu .

Masa filem OMBAK RINDU kecoh-kecoh bulan lepas , aku punya lah pandang sebelah mata jee cerita tu , konon tak heran sangat la , bajet tol aku nie , tah macam mana satu hari tu kawan aku balik dari tengok wayang dia bercerita kat aku pasal cerita tuu aku tetiba ingat macam pernah aku dengar je cerita nie (konon hilang ingatan lah . Haha) Aku teka dengan penuh keterujaan belum pun habis kawan aku nak cerita aku dah sambung cerita dia . Hoho . Sumpah teruja doe dapat tahu novel tu dah jadi filem sekarang , damn! aku dah ketinggalan . Masa tu memang menyesal gila ahh tak pegy tengok cerita tu . Aku punya lah kutuk kawan-kawan bukak lagu OMBAK RINDU nyanyian Hafiz dan Adira tu dan sekarang aku yang mendengarnya siang malam , hihi :D

Aku sebenarnya nak story yang aku dah minat nak baca novel sekarang nie . Haihhh , nie semua roomates aku punya pasal , si Aaina , dia nie pantang jumpa novel , semua nak beli . Yang aku tumpang sekali baca sampai habis 323 muka surat dalam masa dua hari . Yang dia satu hari jee , sampai tanak kuar makan nak baca novel . eh eh ? Ape-ape pun , aku tengah mengelak daripada membeli novel sekarang nie . t i d a k k k k !

2 comments:

remyhazza said...

masih minat baca novel...tapi masa tak berapa ada..... masih ade 5 novel yg baru dibeli tapi tak dibaca......camner tu ????

azean said...

doll nti novel aku dah kuar jgn lupa bli dol