Garang (garang tak bertempat , suka MENCARUT , suka cari gaduh , cakap kasar , marah-marah tak bertempat , silap sikit tak boleh macam la BAGUS!) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram . Sebaliknya menghargai dan melayan wanita itu dengan lemah lembut .
Ganas (kaki pukul , dengan perempuan pun nak tunjuk kuat . Sedangkan dia tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi oleh wanita sbb tak mahu mata biru atau lebam-lebam bila dah kahwin . Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah . "wanita bukan lawan lelaki , sepatutnya lelaki patut melindungi wanita"
Gementar (takut sangat , tak yakin pada diri sendiri , tak percaya kebolehan diri , bergantung pada orang lain) Contohnya, depan perempuan lidah kelu sampaikan ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir . Lelaki perlu atasi rasa gementar yer yer . Malu lah sikit . Hahah *okay ini dah ngutuk :P
Gabra (tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan sahaja) Ini spesies takut bini atau takut awek . Haha . Pada hakikatnya , perempuan tak suka lelaki yg tak ada keyakinan diri . Aku paling tak suka lelaki yg tak reti nak bertanggungjawab!
Gentleman TIADA (Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, AMEK KESEMPATAN) kalau masa bercinta tak gentleman , inikan pula masa dah kahwin nanti . Lelaki perlulah menghormati wanita SELAYAKnya . Sudah pasti wanita itu akan menghormati lelaki itu lebih lagi .
Gerumai (bahasa kedah - bohong atau tipu . Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat semata-mata untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah menjadi ORANG YANG JUJUR dan bercakap benar dgn wanita . Bukankah berani kerana benar dan takut kerana salah ? Kalau dah sebati dgn pembohongan , kepercayaan perempuan terhadap lelaki bukankah musnah ? Mula lah bila perempuan nk kongkong korang merungut!
Ganggo (keterlaluan - lembut sangat , pemalu sangat, pendiam sangat, bajet macho sangat) Perempuan pun naik lemas bila lelaki bersikap keterlaluan terhadap sesuatu perkara . Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karakter korang dgn baik .
dan akhir sekali, Gatal (miang keladi dgn perempuan lain selain isteri . Errr , selain awek jugak, muahahax :P) tak boleh tengok anak dara atau dahi licin sikit . Mula lah tu . Korang perlu ingat, perempuan di luar sana layan korang baik punya ada lah tu "udang disebalik batu" . Fahamilah perasaan pasangan korang yg mencintai korang sepenuh hati . Bukankah lebih baik menggoda isteri sah korang daripada perempuan yg tak sah ?
ehem ehem , dipetik dari sis wawwa dan diubah suai oleh aku :D
8 comments:
aiii...conpius aku.. ko nak jadik doktor cina ke??
Apa yang kau kompiusss dud ? Jgn nk kompiuskan aku jugak ~
asal gamba ko gitu? ko tgh korek idung ke?
asal gamba ko gitu? ko tgh korek idung ke?
boys...ish2
DUD ; Gila ke gambar korek hidung aku nak upload pulak ? Tu tga tutup hidung lah . Isk isk , rabun jauh ke rabun dekat ?
Okey baru tahu GANGGO tu keterlaluan. LOL 8G eh?
8G cukup lah . Lebih lebih naty jd anak dara tua i . Haha :)
Post a Comment