Followers


Tuesday 17 July 2012

Terasa kehilangannya

Hai. Memang tak lama pun aku tak update blog aku nie. Biarlah. Zaman blog-blog nie dah lama berlalu. Sekarang rasa macam dah tak heran sangat dengan blog and facebook. Facebook pun aku dah deactive-kan. Mungkin dalam jangkaan aku, agak-agak aku dah bertunang ke, dah ada family ke, baru aku buat akaun facebook yang baru. Hekhek :P maklum sahaja perpektif bebudak sekarang, "facebook untuk orang tua". Mana tak nya, dulu zaman myspace ada tak kakak or abang-abang kita ada myspace? Sekarang, segala bawah bacang family pun kita tak akan tersangka bakal "tersempak" dalam facebook.

Jauh benar tajuk blog dengan introduction penulisan aku kali ini kan........

Kehilangan. Siapa-siapa pun pasti akan rasa kehilangan tapi tak tersangka kehilangan sebegini rupa yang aku rasakan. Tak apa lah, mungkin bukan jodoh kita, ecehh. Tapi serius la, kalau nak hilang pun, boleh rasanya bagitahu dulu "Yang abang mungkin hilang 3minggu nie nak outstation (kahwin)" Bagitahu jela, tak ada lah orang tercari-cari kau menghilang kemana. Ini entah kau hidup atau tak, sihat ke tak, koma ke stabil, hmm allahualam. Semoga penantian ini bakal terjawab, berjumpa lagi kita di entri terbaru di minggu hadapan, ahah! Dah macam berucap dalam rancangan sendiri pula. Okay gerak khasssss :)

No comments: