Followers


Tuesday 7 June 2011

Benci vs Tak Suka .

Ada perbezaan ke ek benci dengan tak suka ? Semua orang ada perasaan benci . Benci terhadap sesuatu benda . Benci terhadap sesuatu perkara . Benci sesama manusia . Haha . Yang ini sinonim dengan hidup kita . Mana ada semua orang suka kat kita , pasti ada yang membenci . Tak suka pulak , pada mulanya kita tak suka kat sesuatu benda tu tapi lama-lama mesti jatuh suka . Macam Cinta gituuuuu :P

Dalam tengah kau membenci seseorang tu, tak payah lah orang yang tak bersalah kau benci sekali en . Kau benci aku, then kau block aku . Lepas itu semua kawan-kawan yang rapat dengan aku kau benci sama . Benci sama pehtu mengumpat . Hello, dia tak ada kena mengena dengan kau . Benci aku aje sudah . Kau block aku . Apa kau engat aku nak ushar FB kau ? Kau engat aku nak tengok gambar kau yang tak pakai tudung tapi kau pergi kuliah kau pakai tudung ? Kat fb kau tayang kau baru potong rambut tapi kat luar kau gayakan selendang bagai ? Kau engat aku nak tengok muka hipokrit kau tu ? Add ex kau pato kau add gf dia then block gf dia tapi tak block ex kau . Bodoh ke ? Haha . Ops, sorry terrrrrr-cerita lah . Benda dah ber-baik tapi dia masuk campur so jd tak berbaik lagi .
Okay, tutup cerita sensasi ini :P

Kenapa mesti ada rasa benci dalam hati kita eh ? Musykil juga aku kekadang . Apa dapat kalau membenci ? Kepuasan ? Ya, mungkin dapat kepuasan tapi hati yang sakit bukan ? Sakit sebab bila nampak dia mula lah "ape laaa si siot tu buat kat sini, spoiled mood aku!" Bila dah benci , tengok apa dia buat kita pulak yang sakit hati , hah tu namanya KAU SAKIT JIWA! Berlagak biasa aje sudeh . Buat-buat buta walaupun kau sebenarnya celik . Dia mesti perasan kau and then dia tahu korang saling benci-membenci , biar dia aje yang sakit jiwa fikir kau mengumpat dia ke hape ke , kan ? Aku suka buat orang sakit hati . Haha . Cukup mudah nak buat orang sakit hati :D Bila kita benci kita mengelak tak mahu kawan dengan dia lagi . Bukan mudah seseorang tu nak membenci seseorang . Pasti ada sebab kenapa perasaan benci itu timbul . Tapi sorang budak nie , bajet baik jeee . Mudah benci orang dan mudah suka kat orang . Gila ?

Kalau pekerjaan, tak ramai yang membenci pekerjaan dorang . Yelah, kalau benci yang pergi buat kerja tu jugak kenapa ? Baik tak payah kerja duduk rumah , nanti hasil daripada kerja kau yang tak ikhlas tu jugak yang kau makan . Tak suka buat itu , tak suka buat ini , itu dah menjadi kebiasaan . Kau tak suka kau kena buat jugak . Pada mulanya kau tak suka kat kawan sekerja, hari-hari bertekak mulut , bergaduh , bahan sana bahan sini , lama-lama suka pulak kat kawan tu . Macam ika tuuu . Haha :D

p/s ; Dah tu kita hidup jangan la membenci , cuba bagi peluang perbaiki diri . Memang la bukan mudah nak lupakan apa dia dah buat . Kau benci je dah la tapi tak payah la memburukkan dia dekat orang lain . Okay budak-budak ? Pandai pun , sep sikit! :)

No comments: